MASALAH YANG DIHADAPI


Pelajar seringkali berhadapan kesukaran untuk memberikan jawapan yang baik apabila menerima soalan yang memerlukan penjelasan. Kebanyakan pelajar akan mengambil jalan mudah untuk meninggalkan sahaja soalan yang meminta penjelasan atau justifikasi akan sesuatu perkara berbanding soalan kira-kira. Perkara yang sama berlaku ketika topik aruhan emf ini diajar dalam sesi PdP di dalam kelas.

Topik aruhan emf ini lebih mudah difahami sekiranya terdapat penerangan dan penjelasan yang berstruktur dalam setiap situasi yang berlaku. Ada segelintir pelajar yang mampu memberikan jawapan akhir yang betul, tetapi kurang lengkap dari segi jawapan saintifik berdasarkan konsep Fizik yang telah dipelajari. Maka, pelajar akan kehilangan markah penuh bagi soalan yang berkaitan topik ini.

Comments

Popular Posts