PENGENALAN

Topik 5 iaitu Aruhan Elektromagnetik (Electromagnetic Induction) merupakan salah satu topik Semester 2 bagi kursus Fizik (SP025) Program Matrikulasi KPM yang agak kompleks di kalangan pelajar. Pelajar kurang memahami konsep yang terdapat dalam topik ini terutamanya penghasilan aruhan emf dan aruhan arus elektrik dalam pelbagai situasi. Hasil daripada perbincangan kami, satu solusi telah dirangka sebagai garis panduan untuk membantu pelajar memahami bagaimana proses aruhan emf berlaku dengan lebih mudah iaitu teknik carta alir (flowchart). 

Carta alir ini boleh disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subtopik 5.2 iaitu topik aruhan emf (induced emf) di mana konsep penghasilan aruhan emf dan aruhan arus elektrik boleh difahami dengan lebih mudah dan berstruktur kerana ia mengikut langkah demi langkah. Sasaran penggunaan adalah pelajar yang mengambil kursus Fizik SP025 dan DP025 (modul 1 & 2) di Kolej Matrikulasi Selangor pada semester 2 sesi 2018/2019. 

Keberkesanan teknik ini diukur dengan melaksanakan ujian-pra iaitu sebelum pengenalan teknik ini dalam PDP dan ujian-pos selepas teknik ini diperkenalkan. Hasil daripada teknik yang digunakan ini, kami mendapati pelajar lebih mudah memahami konsep aruhan elektromagnet dan seterusnya dapat menentukan magnitud dan arah aruhan arus elektrik dengan betul.

Comments

Popular Posts